7:52 AM | Posted in ,
Himpunan nama bayi Islam pilihan yang bermula dengan huruf A untuk lelaki.

Adabi Abadi (Kesopananku/yang kekal)
Anak ini akan membesar dengan kesopanan yang tinggi. Sopan itu bukan dilakukan dengan berpura-pura atau ada udang di sebalik batu. Memang dilakukan dengan penuh keikhlasan kerana kesopanan itu telah menjadi pakaian kepada dirinya.

Adib Anjab (Beradab/lebih utama dan bernilai)
Orang yang berakhlak mulia boleh dan pandai membawa dirinya bersama kawan-kawan dan masyarakat setempat. Hidup dengan berakhlak lebih mulia daripada menjadi orang kaya yang sombong. Mendidik anak memiliki akhlak yang baik adalah salah satu tanggungjawab ibu bapa yang berat.

Adib Fahim (Pujangga/yang faham)
Bila dewasanya anak menjadi seorang pujangga yang faham apa yang ingin diperjuangkan untuk kejayaan dan kepentingan bangsa, agama dan tanah airnya sendiri.

Aisy Hafiy (Kaya raya/yang memuliakan)
Kekayaan yang dimiliki oleh seseorang kadang-kadang menyebabkan ia sombong dan lupa diri. Jika ada anak-anak yang kaya, alangkah baiknya jika dia dapat membantu orang yang susah dan mudah memberi sesuai dengan kemuliaan sebagai orang yang kaya pada harta dan juga pada budi bahasanya.

Ahmad Wirdas (Yang terpuji)
Nama ini pernah dimiliki oleh seorang anak di zaman pemerintahan Amirul Mukminin iaitu Hisyam bin Abdul Malik. Wirdas merupakan seorang yang petah berhujah dan bijak mengeluarkan perkataan yang bernas ketika memberi pandangan. Berani menegur perbuatan yang salah secara berhikmah tanpa menyinggung mana-mana pihak. Selayaknya ia mendapat penghormatan di atas kebijaksaan dan keberaniannya itu.

Azka Azfar (Semakin maju/yang berjaya)
Memang harapan ibu bapa ingin melihat anak mereka sentiasa berjaya dalam membina kehidupan mereka.

Azmi Azhar (Cita-citaku/yang gemilang)
Manusia yang mempunyai matlamat hidup, akan mudah menentukan arah ke mana hendak dituju. Begitu juga seseorang yang mempunyai cita-cita, akan mengejarnya hingga berjaya dan gemilang.

Abrisam Abbasy (Tampan/rajin berusaha)
Anak bukan sahaja berwajah tampan, malahan seorang yang rajin berusaha. Rajin mencuba dalam meningkatkan prestasi dirinya dari hari ke hari.

Azman Hammam (Ketetapan/yang mempunyai kemahuan kuat)
Seorang yang mempunyai kemahuan yang kuat selalunya akan berjaya dalam lapangan hidupnya. Kejituan dan kemantapan hati seseorang menjadikan dia seorang yang tetap berpendirian. Tidak mudah goyah atau terpengaruh dan dipengaruhi oleh orang lain. Anak beginilah yang diharapkan sebagi bakal pemimpin pada masa akan datang.

Ariq Ulwan (Baik budi/tinggi)
Nama yang dimiliki, memberi peluang kepadanya untuk mencapai ketinggian budi pekerti. Jika ibu bapa berusaha bersungguh-sungguh dalam mendidik akhlak yang mulia kepada anak, insya-Allah ianya akan menghasilkan sesuatu yang memberangsangkan.

Akma Alamgir (Pimpinan/penakluk dunia)
Satu pilihan nama yang jarang kedengaran, tetapi mempunyai makna yang cukup kuat dan hebat sekali. Gabungan nama yang mengharapkan pemiliknya menjadi seorang pemimpin yang bertaraf dunia. Ini akan tercapai jika ibu bapa mendidik dan menumpukan perhatian penuh ke arah itu.

Awra (Yang Memberi Semangat)
Nama ini pendek sahaja. Tetapi boleh digabungkan dengan nama lain di awalnya. Sebagai ibu bapa yang membesarkan dan mendidik anak, ada kalanya hanya dengan melihat atau mengingati anak sahaja, semangat untuk bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan akan datang dengan sendirinya. Semoga anak yang diberi nama “Awra” ini mempunyai semangat atau kekuatan yang luar biasa untuk anak mencapai kejayaan dalam hidupnya.

Amzar (Yang Mulia)
Satu nama yang jarang digunakan. Menepati cita rasa nama terkini. Bunyi dan ejaannya kelihatan moden sedikit. Namun begitu ia masih tidak lari dari makna yang baik dan bagus. Diharapkan agar anak menjadi seorang yang mulia dengan akhlak-akhlak yang baik. Menjadi cermin dan teladan kepada masyarakat.

Aniq (Yang kacak lagi menawan hati)
Nama yang pendek, tetapi membawa erti yang panjang. Dan nama ini juga jarang dimiliki. Harapan agar dapat melihat anak membesar dengan ketampanan wajah. Di samping ibu bapa mendidiknya untuk menjadi anak yang lebih berbudi pekerti. Tidak hairanlah sesiapa yang melihatnya akan mudah jatuh hati atau suka kepadanya.

Abdul Hamid (Hamba Allah Yang Terpuji)
Anak yang diberikan nama ini, biarlah dididik untuk menjadi insan yang terpuji. Terpuji dengan perkara-perkara yang baik pada zahir dan batinnya. Andainya setiap orang Islam menyedari nama-nama indah yang diberikan oleh ibu bapa kepada mereka, pastinya anak menjadi insan yang terpuji dan dikenali dengan segala perkara yang baik-baik sahaja.

Adam Hazlam (Nama Nabi/ketangkasan)
Adam adalah nama nabi yang sudah termasyhur di seluruh dunia. Dikenali sebagai seorang yang penyayang dan selalu memohon keampunan kepada Tuhan. Selain seorang yang mempunyai ketangkasan dalam menguruskan kehidupannya.

Ahmad Azam (Terpuji/kebulatan tekad)
Ahmad ialah alah satu nama gelaran bagi Rasulullah s.a.w. Terpuji dengan segala perlakuan yang baik. Di samping mempunyai kebulatan tekad untuk mencapai apa jua kejayaan dalam hidupnya.

Abu Bakar (Sahabat Rasulullah s.a.w)
Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang sangat setia. Seorang yang jujur dan hebat dalam perjuangan menegakkan kebenaran. Selalunya orang yang memiliki nama ini, seorang yang tegas pendiriannya.

Ariq Anwar (Baik budi/amat bercahaya)
Nama yang mampu membina kekuatan peribadi seseorang. Peribadinya melahirkan cahaya ketenangan dan memiliki budi pekerti yang menawan hati.

Arifin (Yang banyak mengetahui)
Seorang yang cintakan ilmu pengetahuan. Menyebabkan dia seorang yang arif iaitu banyak mengetahui.

Almam (Sempurna)
Seorang anak yang diharapkan mempunyai sifat-sifat kesempurnaan. Sihat pada tubuh badannya begitu juga pada akalnya.

Asnawi (yang berseri/gemilang)
Anak bukan sahaja diharapkan lahir dalam keadaan yang sempurna. Semampu mungkin ibu bapa hendaklah berusaha mendidik anaknya menjadi seorang yang gemilang dan terbilang dalam bidang yang diminatinya.

Amsyar (Yang cergas)
Anak yang cergas dan berhemah memang membanggakan ibu bapa.

Amnan (Ketenangan)
Anak bersifat tenang, mudah mewujudkan kedamaian dalam keluarga.

Ammar (Yang memakmurkan, yang kuat iman)
Seorang anak yang berpendirian tegas dan mempunyai sifat kepimpinan yang kukuh.

Asil (Yang mulia)
Seorang anak yang pandai menjaga kemuliaan dirinya.

Asymawi (Pemberian)
Seorang anak lelaki merupakan pemberian Allah yang tidak terkira nilainya.

Amnan (Ketenangan)
Anak bersifat tenang, mudah mewujudkan kedamaian dalam keluarga.

Asymawi (Pemberian)
Seorang anak lelaki merupakan pemberian Allah yang tidak terkira nilainya.

Abdul Qahir (Penakluk, penunduk / hamba yang Maha Menundukkan)


Alhan (Beroleh ilham)


Abrisam (Yang lembut, tampan)


---sumber nama di atas---PA&MA (Karangkraf)-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Category: ,
��

Comments

0 responses to "A (lelaki)"

Blog ini mengumpulkan nama-nama bayi Islam pilihan sebagai himpunan peribadi yang diambil dari pelbagai sumber untuk memudahkan rujukan pada masa akan datang agar tidak lagi perlu untuk membuka sumber satu-persatu apabila memerlukan.